Ku Li jumpa Agong senyap-senyap
Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini, beberapa jam selepas sesi Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Malaysiakini melaporkan Ahli Parlimen Gua Musang itu dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pukul 2 petang.
“Bila kata Tuanku panggil, mengadap sajalah. Insha-Allah,” kata seorang pembantunya.
Dia enggan mendedahkan agenda pertemuan itu.
Sumber yang mengetahui perkara itu tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan isu melibatkan jawatan perdana menteri.
“Ku Li sudah bekerja secara senyap untuk jangka masa yang lama,” katanya,
Sumber juga berkata Tengku Razaleigh juga bertemu dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini susulan isu sama.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Ku Li dan Dr. Mahathir bergabung bagi menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.