Hiburan
Krisis rumah tangga dan bercerai-berai, selebriti tak pernah sesuai dijadikan contoh
Dalam tempoh kurang lima tahun, berita pasangan selebriti mengalami krisis rumah tangga sehingga ada yang bercerai-berai bukanlah suatu kes yang bersifat dongeng.
Ia adalah realiti hari ini dan disebabkan media juga turut bercerita soal artis itu bercerai, artis ini dakwa suami tak beri nafkah, segala-galanya jadi modal untuk bercerita.
Lebih malang lagi, wujudnya selebriti adalah kononnya untuk memberi pengaruh yang baik kepada masyarakat namun perkara itu tidak pernah berlaku.
Hasilnya, sampaikan selebriti bercerai pun, rakyat biasa boleh terjebak sama dan menggunakan contoh-contoh seperti, “Alaaa.. pasangan selebriti tu pun nampak sweet tapi bercerai juga. Apatah lagi kami?”