Krew Malindo Air dikuarantin di China
MALINDO Air mengesahkan bahawa tujuh krewnya telah dikuarantin (sehingga 14 hari) di Zhengzhou kerana ada seorang penumpang dari wilayah Hubei, yang disyaki dengan coronavirus.
Malindo Air berkata melalui twitter rasminya, krew terbabit bertugas dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou pada 24 Februari lalu akan dikuarantin sehingga 14 hari.
“Malindo Air memantau situasi itu dengan teliti dan akan menyediakan bantuan yang diperlukan kepada krew terbabit dan pihak berkuasa China bagi meminimumkan penularan koronavirus,” katanya dalam akaun Twitter.
Katanya, imbasan yang dilakukan kepada para penumpang secara proaktif dan kawalan ketat terhadap pergerakan semua penumpangnya ke dan dari China sedang dilakukan.
Tambah syarikat perbangan itu, semua penumbang warga China dari wilayah Hubei (seperti yang tertera dalam pasport) perlu mempunyai sijil perubatan yang membuktikan mereka cergas untuk terbang.