Nasional

KPT gerakkan warga dan aset bantu mangsa banjir

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited memastikan mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri utara tanah air dibantu dengan penyampaian bantuan dapat disalurkan dengan lebih berkesan.

Dalam memberikan kelegaan kepada mangsa-mangsa banjir terutama fasa pasca banjir, Kementerian menggerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir KPT melalui Briged  Sukarelawan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan kekuatan 878 sukarelawan terdiri daripada staf dan pelajar mula digerakkan dalam menyantuni mereka.

Turut digerakkan adalah pelbagai aset milik IPT yang digunakan bagi memudahkan capaian ke lokasi yang terjejas meliputi dua (2) buah bot, 24 buah bas, 6 buah lori, 15 buah van dan 17 buah kenderaan pacuan empat roda.

KPT juga menyediakan pelbagai kelengkapan tambahan antaranya 56 unit waterjet, 4 buah waterpump, 3 tangki air dan 9 unit generator bagi melancarkan kerja pembersihan bangunan awam seperti sekolah dan premis di kawasan yang terjejas.

Selain itu, perkhidmatan bantuan sokongan psikologi kepada mangsa yang terkesan secara individu mahupun berkelompok juga ditawarkan kepada mereka yang memerlukan.

Selain Kedah dan Pulau Pinang, misi bantuan ini akan turut dipanjangkan kepada semua kawasan banjir yang terjejas di negeri Perak dan Perlis dan bersedia menggerakkan di kawasan lain sekiranya diperlukan.

KPT berharap dengan usaha yang digerakkan ini dapat memberi kelegaan kepada mangsa-mangsa banjir serta seluruh warga Kementerian juga mendoakan agar mereka diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button