KPM perlu bertindak proaktif berhubung insiden buli di Perak
AKTIVIS menggesa agar Kementerian Pendidikan (KPM) memberi maklum balas lebih proaktif berhubung insiden buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Perak baru-baru ini.
Mereka tidak berpuas hati dengan KPM kerana menutup mulut mengenai kejadian itu.
Peguam dan aktivis Wan Azliana Wan Adnan mengecam Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kerana tidak menangani isu itu dengan lebih tegas.
“Kes buli itu telah tular di media sosial beberapa hari lalu, tetapi pihak mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Ini menunjukkan keengganan Fadhlina untuk mengendalikan perkara sebegini.
Apa yang kita mahu ialah pendirian tegas daripada kementerian dalam isu buli.
“Sama seperti yang dilakukan oleh kementerian lain apabila isu buli dibangkitkan, menteri mereka telah bercakap dengan tegas dan memberi jaminan kerjasama dalam menjalankan siasatan penuh,” katanya.
Beliau berkata Fadhlina harus menggunakan kuasa eksklusifnya untuk mengelakkan insiden buli daripada berterusan, termasuk melalui kaedah undang-undang.
“Walaupun kes itu masih dalam siasatan polis, kementerian sepatutnya dapat menyampaikan kepada umum bahawa mereka tegas dan tidak ada double standard dalam perkara ini,” katanya. -SM
Baca : Datuk berpengaruh terlibat dalam penipuan pelaburan RM1 bilion