KPM alu-alukan cadangan orang ramai untuk pelan pendidikan baharu negara
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam usaha menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu bagi menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang hampir sampai ke penghujung.
Selaras dengan konsep whole of society approach, KPM mengalu-alukan cadangan daripada pelbagai pihak dalam bentuk memorandum atau kertas cadangan untuk membantu Kementerian menghasilkan pelan pendidikan masa depan yang komprehensif dan holistik.
Bagi tujuan ini KPM telah membangunkan Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036. Ia adalah wadah untuk memudahkan pengumpulan maklumat, cadangan dan idea daripada seluruh masyarakat berkaitan hala tuju pendidikan negara.
Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026-2036 boleh diakses melalui pautan https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public.
Seluruh masyarakat dijemput untuk menyumbang cadangan bermula pada 14 Mei 2024 hingga 31 Disember 2024.
KPM komited menjayakan agenda reformasi pendidikan demi manfaat generasi masa depan negara. – SM