Nasional

KPLB peruntuk RM2.5 juta untuk Program Tuisyen Khas anak pekebun kecil RISDA

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar, KPLB, menerusi agensinya Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), memperuntukkan RM2.5 juta bagi pelaksanaan Program Tuisyen khas kepada anak-anak pekebun kecil yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kelas tuisyen untuk 3 ribu pelajar itu akan dilaksanakan di seluruh negara di kawasan pekebun kecil RISDA.

“RISDA menyediakan pusat tuisyen untuk anak-anak pekebun kecil ada 25 pusat tuisyen SPM tahun 2022 dan di Pandang Terap, kita ada 5 buah sekolah iaitu SMK Padang Terap, SMK Kuala Nerang, SMK Dato’ Syed Ahmad, SMK Naka dan SMK Pedu yang akan melaksanakan tuisyen ini.”

Datuk Seri Mahdzir Khalid sendang menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada 330 pelajar anak-anak Pekebun Kecil RISDA daerah Padang Terap.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis RISDA Prihatin Pekebun Kecil Makmur Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini. Turut hadir, Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Abd. Ghani @ Zulkifli Zainuddin dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA, Ali Sabuddin Abdul Samad.

Jelas Mahdzir, kelas tuisyen tersebut dilaksanakan pada hari minggu dan waktu petang selepas tamat sesi persekolahan.Mata pelajaran yang diajar pula akan dipilih mengikut keutamaan peperiksaan SPM.

“RISDA juga akan sediakan guru untuk kelas tuisyen anak-anak pekebun kecil yang bakal menduduki SPM dan ia adalah aktiviti tanggungjawab sosial korporat atau CSR kepada pekebun kecil RISDA”.

Sementara itu, pada majlis yang sama Mahdzir menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada 330 pelajar anak-anak Pekebun Kecil RISDA daerah Padang Terap. Sumbangan daripada Yayasan RISDA itu bagi meringankan beban perbelanjaan keluarga pekebun kecil RISDA. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button