Ekonomi

KPLB pergiat program pendigitalan usahawan luar bandar

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM20 juta dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bagi mempergiatkan program e-dagang dan pendigitalan kepada usahawan luar bandar di bawah bimbingannya.

Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun berkata, menerusi peruntukan tersebut, KPLB akan memastikan sasaran RMK-12 yang ditetapkan sebelum ini mampu dicapai menerusi usaha berterusan dan secara kolektif melibatkan agensi-agensi KPLB.

“KPLB menerusi inisiatif yang telah diperkenalkan iaitu Desamall@KPLB diyakini mampu untuk membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui platform e-Dagang dan aplikasi digital.

Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun ketika berucap merasmikan Program Pendigitalan Usahawan (PPU) Siri 3 Tahun 2022 Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu. Foto: UKK KPLB

Ramlan berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Pendigitalan Usahawan (PPU) Siri 3 Tahun 2022 Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu.

Turut hadir, Pengarah KPLB Sabah, Johar Julasbi dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat E-Lokal Sdn. Bhd, Ahmad Shah Wahid.

Related Articles

Beliau menambah pelbagai usaha telah digerakkan dengan kolaborasi agensi di bawah KPLB bagi melatih dan membangunkan persekitaran keusahawanan luar bandar yang sebelum ini bergantung secara konvensional kepada platform digital bagi meningkatkan akses pasaran.

Foto: UKK KPLB

“Kita tahu terdapat cabaran dan halangan bagi produk luar bandar menembusi pasaran secara dalam talian, bagaimanapun  menerusi  platform Desamall@KPLB,   kita bantu luaskan  pasaran produk serta perkhidmatan ke pelbagai platform e-dagang selain menambah baik mutu dan kualiti produk dari segi pembungkusan, maklumat produk, foto serta video pendek yang berkualiti dan menarik untuk kesediaan usahawan berniaga dalam talian.

KPLB juga menyasarkan sebanyak 5,000 produk dipasarkan di platform e-dagang melibatkan 5,000 usahawan luar bandar di seluruh negara”, ujar beliau.

Beliau menambah, sejak Desamall@KPLB diperkenalkan pada 2017, jualan terkumpul adalah sebanyak RM 4.49 juta dengan jumlah produk terkini sebanyak 3,886 unit manakala bilangan usahawan melebihi 3,000 orang.

Foto: UKK KPLB

“Berdasarkan perancangan untuk usahawan luar bandar, KPLB optimis kita mampu mencapai sasaran yang ditetapkan menjelang penghujung RMK-12”.

Mengenai Program Pendigitalan Usahawan (PPU) pula, jelas Ramlan program ini dirangka khusus untuk mempersiapkan usahawan beralih kepada pendigitalan selaras dengan Revolusi Industri 4.0.

Beliau menjelaskan, rakan-rakan strategik yang terdiri daripada pihak bank, penyedia perkhidmatan pembayaran dalam talian serta aplikasi pemasaran dalam talian turut menawarkan khidmat bagi memudahcara proses peralihan perniagaan secara dalam talian.

Datuk Ramlan Harun bersama antara yang hadir di Majlis Perasmian Program Pendigitalan Usahawan (PPU) Siri 3 Tahun 2022 Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu. Foto: UKK KPLB

“PPU Siri 3 ini adalah siri terakhir pada tahun 2022. Pada tahun hadapan, kita akan merancang lebih banyak siri PPU di seluruh negara bergantung kepada kelulusan peruntukan yang akan diputuskan oleh EPU menerusi Rolling Plan (RP) 3 Tahun 2023.

Setakat ini, seramai 700 usahawan luar bandar telah mengikuti PPU yang dianjurkan pada tahun ini. – SM

Artikel berkaitan > Usahawan Luar Bandar disaran kuasai kemahiran digital

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button