Nasionalpilihan

KPLB capai sasaran laksana sebahagian besar projeknya – Mahdzir Khalid

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berjaya mencapai sasaran melaksanakan sebahagian besar projek pembangunan yang dirancang tahun ini.

Namun pada masa yang sama Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengingatkan anggota pentadbiran dan kakitangan KPLB terus bekerja keras melaksanakan tugasan yang masih ada.

“Saya berdoa semoga kita semua diberi kekuatan bagi melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulan Ogos KPLB di Ibu Pejabat kementerian itu di Putrajaya hari ini. Foto: UKK KPLB

Saya percaya banyak pencapaian program dan projek KPLB yang telah mencapai sasaran yang ditetapkan sehingga kini.”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulan Ogos KPLB di Ibu Pejabat kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan pengurusan tertinggi serta warga kerja pelbagai peringkat KPLB.

Majlis Perhimpunan Bulan Ogos KPLB di Ibu Pejabat kementerian itu di Putrajaya hari ini. Foto: UKK KPLB

Menurut Mahdzir, bagi mana-mana program dan projek yang masih belum mencapai garis masa yang ditetapkan, langkah mengatasinya perlu dilakukan segera.

“Saya percaya bahawa, setiap apa yang kita lakukan adalah bertujuan untuk memakmur dan memajukan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan negara amnya.”

Dalam ucapannya juga, Mahdzir turut mengingatkan warga kerja KPLB untuk lebih berhati-hati dengan sebaran berita palsu di media sosial yang boleh memecah-belahkan rakyat.

pada majlis yang sama itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Foto: UKK KPLB

“Sehingga ke hari ini masih wujud unsur-unsur negatif dalam kalangan masyarakat di negara ini yang boleh menggugat ketenteraman dan kesepakatan antara kita, terutamanya dalam era media sosial yang tiada sempadan dan terdedah kepada anasir jahat dan berita palsu.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, maka kita wajar menolak fahaman sempit yang boleh memecah belahkan masyarakat, dan tetap berpegang kepada prinsip bertolak-ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain,” kata Mahdzir.

Pada majlis itu, Mahdzir turut melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar. – SM

Artikel berkaitan > Aset KPLB di luar negara diambil perhatian – Mahdzir Khalid

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan 2022!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button