Nasional

KPDNHEP meneruskan pemeriksaan bekalan minyak masak seluruh negara

Pemeriksaan dan pemantauan situasi bekalan minyak masak dijalankan oleh anggota Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negara.

KPDNHEP telah melaksanakan pemeriksaan premis ke atas sejumlah 219 premis di bawah OPS CATUT 8.0 (MINYAK MASAK).

Pelaksanaan pemeriksaan ini dijalankan di peringkat peruncit di seluruh negara bagi memantau perubahan harga barangan berkenaan di bawah penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Objektif operasi ini adalah untuk memantau dan mengawal kenaikan harga minyak masak yang berterusan di pasaran.

KPDNHEP Negeri diberi tanggungjawab menyelaras dan mengatur pemeriksaan harian di peringkat Negeri dan Daerah dengan memeriksa maklumat harga dan kos minyak masak yang berada di bawah kawal seliaan Negeri masing-masing.

Pemeriksaan itu bertujuan memantau setiap peniaga agar mematuhi perundangan Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.

Anggota Penguat Kuasa KPDNHEP turut membuat pemantauan bekalan barangan keperluan yang lain di dalam operasi ini yang dijalankan setiap hari.
Selain itu, tahap pematuhan SOP oleh pemilik premis turut diperiksa bagi memastikan usaha mencapai sifar kes Covid-19 dapat dicapai.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button