JenayahNasionalNegeri

Koperal dihadap ke mahkamah atas pertuduhan seludup migran

SEORANG anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dua pertuduhan melakukan penyeludupan 29 migran warga Myanmar Januari lepas.

Syed Shaifful Amri Syed Solihuddin, 38, didakwa menyeludup semua migran berusia 19 hingga 47 tahun itu di dua lokasi berbeza pada 16 Januari lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi pertuduhan pertama, Syed Shaifful Amri didakwa menyeludup tujuh lelaki dan enam wanita warga Myanmar di dalam sebuah motovan jenis Daihatsu Gran Max di hadapan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Tunjong di sini, kira-kira pukul 1.30 pagi.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Shaifful Amri didapati menyeludup 15 lelaki dan seorang migran wanita warga Myanmar di sebuah rumah inap desa, Jalan Pintu Geng Hulu di sini, kira-kira pukul 9.45 pagi.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang merupakan kesalahan keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Jika sabit kesalahan, anggota polis itu boleh dihukum penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan disebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nursyafiqah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 22 Mac sebagai tarikh deposisi (keterangan migran). – FMT – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button