Belang BertempatPolitik

Kongres Ekonomi Bumiputera: Satu penantian apa buat PUTRA?

NAIB Presiden PUTRA merangkap Pengerusi Biro Pertanian, Membasmi Kemiskinan dan Aduan Awam, Datuk Asmawar Samat berkata, Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang akan diadakan mulai 29 Februai sehingga 2 Mac 2024 di PICC, Putrajaya, sepatutnya dikelolakan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan sokongan kerajaan dan Pengerusi Kongres adalah Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia seperti Kongres sebelum ini.

Beliau berkata, KEB sebelum ini telah diadakan sebanyak enam kali yang pertama pada 1 Jun 1965 dan yang terkini, sebelum ini pada 1 Oktober 2020.

Katanya, pada 10 Disember 2023, PUTRA telah mengingatkan ke arah mana KEB?

“Ketika ini rakyat sedang berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat kerana situasi ekonomi dunia yang tidak berapa baik.

“ Simposium KEB yang diadakan pada 24 Februari 2024 adalah untuk membuat persiapan secukupnya,” katanya dalam satu kenyatan.

Bagaimanapun, beliau berkata, membuka penyertaan kepada kaum-kaum lain seperti Cina dan India agak dikesali sesetengah pihak yang merasakan KEB kini menjurus kepada konsep Malaysian Malaysia.

“KEB ini sepatutnya dikelola oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan sokongan kerajaan dan Pengerusi Kongres adalah Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia seperti Kongres sebelum ini.

“Pasti semua pihak akan hadir tetapi kali ini, Kongres dikendalikan oleh UMNO yang sudah hilang kepercayaan orang Melayu dan dijemput sama lain-lain kaum. Nampaknya lebih kepada mainan politik,” tegas Asmawar dalam kenyataan yang sama.

Tambah beliau, Ekonomi Bumiputera masih belum mencapai sasaran 30% sepertimana yang ditetapkan.

Selain masalah kemahiran, kek ekonomi dan hak milik Bumiputera telah banyak terlepas tangan hingga boleh menjejaskan status kekuatan dan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera lainnya, katanya.

“Antaranya, Tanah Rezab Melayu yang menyusut kepada 12% sudah wajar diwartakan kawasannya dan mendapat ganti kawasan yang telah diambil atau bertukar tangan.

“Begitu juga permasalahan ketelusan dan integriti di UiTM baru-baru ini adalah wajar dibawa keperhatian Ombudsman.

“UiTM perlu mengambil contoh USM yang telah menubuhkan Ombudsman,” ujar beliau.

Beliau berkata, isu pilih kasih dan peluang kenaikan pangkat anak-anak Melayu di syarikat bukan Bumiputera juga sering kedengaran. Perkara ini juga boleh menjejas keharmonian dan sasaran penyertaan Bumiputera di sektor swasta.

Katanya lagi, isu kemahiran, ketirisan, ketelusan, integriti, status, martabat dan kemantapan adalah cabaran yang menanti dalam usaha meningkatkan pencapaian ekonomi Bumiputera.

“Pencapaian yang baik akan menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan negara. Usaha untuk mencapainya masih jauh umpama suatu penantian,” katanya. – SM

BACA Status Kongres Ekonomi Bumiputera, ke arah mana?

BACA Pengapungan harga akan tingkatkan inflasi-Asmawar

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button