Nasional

Kongres Cina: Berani kata tak serang kaum lain

 

Oleh Ridhuan Tee Abdullah

‘Jika saya ada kuasa, sudah lama saya tarik kerakyatan pengkhianat ini

JADILAH Cina Malaysia yang memahami Melayu dan Bumiputera kerana itu tanggungjawab kamu selaku pendatang asal usul sejarahnya, bukan jadi lebih Cina daripada China atau Cina komunis. Sedarlah bahawa Melayu begitu memahami kamu.

NGO rasis ultra kiasu, Dong Jiao Zong menafikan bahawa Kongres Pertubuhan Cina yang bakal berlangsung pada 28 Disember 2019, bukan merupakan serangan terhadap kaum lain atau melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Related Articles

Kongres itu bertujuan untuk membantah pelaksanaan pelajaran pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Jika saya ada kuasa, sudah lama saya tarik kewarganegaraan pengkhianat negara ini. Saya akan halau mereka keluar daripada negara tercinta ini. Dasar tidak sedar diri, asalnya pendatang, bertindak seperti Belanda minta tanah atau kaduk naik junjung. Sebiji lihat muka-muka mereka ini macam komunis.

Kalau boleh saya nak maki dan carut sahaja kepada pimpinan ultra kiasu ini. Tetapi, demi menjaga tatasusila, saya pendamkan sahaja.

Berani kamu kata tidak akan menyerang kaum lain atau melanggar Perlembagaan. Kepala bapak kau!!!

Tidakkah kamu sedar bahawa perhimpunan yang mahu dilakukan itu begitu mencabar maruah dan harga diri orang Melayu. Pesan saya, jangan terlalu mencabar Melayu, buruk padahnya, percayalah.

Ini asal usul negara Melayu, tulisan Melayu yang paling mulia adalah tulisan Jawi, kerana tulisan ini berkaitan langsung dengan tulisan al-Quran. Tulisan asal usul Melayu apabila menerima Islam, bukan tulisan pendatang.

Bayangkan jika ada gerakan selepas ini yang mahukan tulisan Cina diharamkan di sekolah vernakular dan di kawasan awam seperti billboard, banner, bunting dan kain rentang.

Mengikut Perlembagaan, tulisan kamu tidak selayak berada dalam senarai tulisan utama di khayalak atau di tempat-tempat awam. Tetapi, atas toleransi Melayu, tulisan kamu tetap mendapat tempat utama. Adakalanya langsung tidak ada sedikit pun terjemahan. Orang Melayu dan bukan Cina menjadi terpinga-pinga, melihat dan tidak tahu apa yang dimaksudkan.

Kamu tidak bersyukur lagi. Kamu menjadi bertambah ultra kiasu. Tidak pernah puas. Tetapi terus mahu lebih dan mahu menang terus.

Tulisan Cina seolah-olah sudah menjadi tulisan rasmi negara ini. Pergilah ke Sekinchan, tulisan Cina terpampang sebesar-besarnya di atas dan hadapan bangunan. Seolah-olah seperti bandar Cina. Pulau Pinang usahlah cerita, tunggu masa menjadi Singapura kedua.

Sudah butakah PBT sehingga tidak ada peraturan dan penguatkuasaan. Bandar Sekinchan seolah-oleh berada di Hong Kong. Dalam keadaan belum ada pilihan raya PBT, sudah pun sebegini. Bayangkan jika PBT dikuasai ultra kiasu setelah memenangi PBT.

Justeru, saya mohon kerajaan supaya segera bertindak. Pertama, batalkan perhimpunan rasis ultra kiasu komunis ini. Bandar Kajang ini jugalah pada bulan lepas turut menyaksikan perhimpunan komunis. Bandar inilah terletaknya institusi Pendidikan dan NGO komunis iaitu Kolej Universiti New Era (Universiti Merdeka) dan Jong Jiao Zong.

Dalam kata lain, Kajang hari ini sudah menjadi kubu kuat komunis. Melayu hanya ada satay Kajang.

Kedua, batalkan segara pendaftaran NGO komunis ini seperti Hua Zong, Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong serta institusi Pendidikan mereka. Lihatlah nama-nama pertubuhan, langsung tidak ada sedikit perkataan bahasa Melayu, tetapi tetapi diluluskan dan dibenarkan beroperasi. Mana ada negara di dunia membenarkan pertubuhan rasis yang tidak mendaulatkan bahasa negara, kecuali di Malaysia.

Ketiga, segera kuatkuasa kedudukan bahasa Melayu selaku bahasa negara atau bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu mesti digunakan dalam majlis dan perhimpunan rasmi NGO-NGO yang ada di negara ini.

Sedarkah kita bahawa selama ini bahasa Melayu tidak pernah sama sekali digunakan dalam perjumpaan dan perhimpunan mereka. Rata-rata menggunakan bahasa ibunda (bahasa Cina) dan bahasa Inggeris.

Begitu juga perhimpunan di rumah ibadat dan gereja. Semua menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris, kecuali Sabah dan Sarawak. Tidak ada sepatah pun bahasa negara digunakan dan didaulatkan. Cuba bandingkan dengan negara Thailand dan Indonesia.

Keempat, pemimpin NGO rasis ultra kiasu ini mesti didakwa mengikut Akta Hasutan dan akta lain berkaitan kerana niat mencetuskan huru hara. Malangnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah dimansuhkan. Jika tidak, ISA inilah paling sesuai dikenakan kepada mereka. Kepada bekas PM, Najib Razak, dosa apakah yang telah kamu lakukan kerana telah memansuhkan ISA ketika kamu menjadi PM.

Tahukah kamu, hari ini, bertambah kurang dan sangat kurang ajar ultra kiasu adalah disebabkan oleh ISA telah dimansuhkan. Mana mungkin ultra kiasu berani buka mulut jika ISA masih ada.

Tetapi kamu telah mansuhkan akta ini, dengan harapan ultra kiasu menyokong kamu. Tetapi kamu silap, ultra kiasu berjaya menipu kamu. Kamu mansuhkan akta ini, ultra kiasu yang menjatuhkan kamu.

ISA yang kamu mansuhkan telah menjadikan mereka tersangat kurang ajar dan ultra kiasu. Amat mustahil untuk hidupkan semula ISA. Semua akta yang ‘merugikan’ mereka termasuk Akta Hasutan mahu dimansuhkan. Saya berharap, PM terus bertegas kekalkan Akta Hasutan.

Kelima, NGO-NGO yang sayangkan negara, mesti bangun dan bangkit menentang perhimpunan rasis ini. Pastikan perhimpunan yang mencabar maruah Negara dan Melayu dibatalkan mulai sekarang. Jangan tunggu 28 Disember 2019. Petisyen demi petisyen telah dibuat, tetapi langsung tidak menggugat sedikit pun NGO rasis ultra kiasu ini, kebal betul dia. Siapa di belakang semua NGO rasis ini ultra kiasu ini? Jawapan sudah ada.

Keenam, jika mereka masih berdegil terus mengugut kerajaan yang absah, keluarkan sekolah vernakular Cina daripada aliran kebangsaan. Sekolah kerajaan tak mahu patuh kepada arahan kerajaan. Mana boleh beri muka. Biar dia tanggung semua prasarana, utiliti, gaji dan lain lain perbelanjaan semua SJKC. Sekolah Tamil SJKT pun tidak sebegini samseng berani menolak arahan kerajaan dalam negara yang bukan asal usulnya. Memang kurang ajar. Termasuk pimpinan MCA yang mempertahankan bersama

Kesimpulan, kerajaan jangan sama sekali undur atau takut dengan ugutan NGO komunis ultra kiasu. Kerajaan adalah kerajaan. Berdaulat.

Berbeza sangat dengan NGO atau nama pertubuhan bukan kerajaan. Dalam maksud keputusan kerajaan mengikat, bukan seperti keputusan NGO. Jika kerajaan tergugat dengan ugutan NGO, di mana telur kita sebagai kerajaan? Fikir-fikirkan.

Ingat, ketelanjuran dan kebiadaban NGO-NGO rasis ultra kiasu ini bukan sekali tetapi berpuluh-puluh kali semenjak ditubuhkan. Tersangat rasis dan komunis. Begitu mencabar kedaulatan negara. Tunggu apa lagi!!!

  1. Ridhuan Tee Abdullah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button