Nasional

Konferensi Akademik UiTM 2021 sentuh isu produktiviti akademik

PRODUKTIVITI akademik dan kemampuan pusat pengajian tinggi untuk menghasilkan idea yang terbaik ketika berlaku krisis antara yang disentuh dalah Konferensi Akademik UiTM 2021.

Dengan bertemakan “Melestarikan Kecemerlangan Akademik”, persidangan kali ini telah dianjurkan oleh Pusat Asasi UiTM dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Ucaptama pada konferensi tahun ini telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Zaini Ujang bertajuk “The New Academia: From Niche to Global Excellence”.

Antara perkara utama yang disampaikan dalam ucaptama beliau ialah konsep ‘ 7 Intellectual Oasis’ di mana institusi-institusi pengajian tinggi seperti UiTM seolah-olah  seperti sebuah ‘Oasis’.

“Untuk merealisasikannya, kita perlu memahami dengan jelas apa hasilnya dan apa sahaja output agar ‘oasis’ dapat berkembang secara berterusan dan dapat bertahan  dengan sendiri.

“Kita mempunyai sumber yang mencukupi dan budaya yang berkembang dengan baik. Jika melihat sejarah idea-idea besar, hampir kesemua idea besar utama diciptakan semasa berlakunya krisis dan inilah waktu orang terpaksa berfikir.

“Dalam musim wabak sekarang ini mereka kebanyakannya terperangkap di rumah dan hasilnya, mereka menghasilkan buku-buku, idea-idea, hasil penyelidikan dan refleksi yang hebat,” katanya.

Konferensi Akademik UiTM 2021 telah berlangsung secara maya buat pertama kalinya di saluran YouTube rasmi UiTM (UiTM Channel) pada 27 Ogos 2021.

Datuk Seri Zaini juga menyentuh bagaimana produktiviti akademik bergantung kepada strategi, sistem dan budaya untuk membuat perubahan.

Beliau menjelaskan lagi bahawa untuk meningkatkan lagi produktiviti, sumber daya perlu juga ditingkatkan dan urus dengan lebih cekap.

Sebagai contoh, universiti di Belanda yang menjadi kosong (tiada lagi staf berkerja)  pada selepas pukul 5.00 petang, namun produktivitinya masih ditahap sangat baik.

“Produktiviti bermaksud, kita mempunyai masa yang sama iaitu 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari, sama ada kita menghasilkan banyak atau bahkan lebih banyak daripada orang lain dalam jangka masa itu”, jelasnya.

Pengarah Sistem Kualiti dan Kecemerlangan Operasi, InQKA, Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Nik Rosli Abdullah berperanan sebagai moderator dan telah berjaya menghidupkan sesi tersebut dengan soalan-soalan menarik.

Konferensi Akademik UiTM 2021 adalah acara tahunan UiTM. Konferensi ini merupakan satu platform bagi perkongsian pengetahuan, pengalaman, idea dan amalan terbaik dalam kalangan ahli akademik UiTM sendiri dan juga bersama dengan pihak luar. Pada tahun ini, Pusat Asasi UiTM telah diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah.

Turut berlangsung dalam konferensi ini adalah majlis penyampaian Anugerah Akademik Universiti 2020 (AAU 2020) dan pameran-pameran secara maya berkenaan setiap jabatan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa). -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button