HiburanMedia massa

Kolaborai dua pihak menguntungkan artis tempatan

KOLABORASI antara Free Malaysia Today (FMT) dan Mart Expo Globe Sdn Bhd membuka ruang kepada lebih 100 orang artis yang mana separuh daripada jumlah tersebut dalam kalangan bakat tempatan, mempamerkan karya mereka di peringkat global.

Kolaborasi itu akan mempamerkan lebih 500 karya lukisan, kaligrafi dan pelbagai bentuk seni lain secara fizikal dan dalam talian.

Karya artis berkenaan juga akan ditempa menjadi token tidak sepiawai (NFT) untuk pasaran digital global.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri menyempurnakan majlis pelancaran kolaborasi itu.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian (KSU), Saraya Arbi selain duta dan diplomat dari Argentina, Azerbaijan, Belgium, Croatia, Cuba, Belanda, Namibia, Senegal, Kuwait, Iran, Ghana dan Tajikistan.

Acara itu turut melihat pelancaran program FMT Accelerator yang menyasarkan pelaburan dalam syarikat pemula dan artis di rantau ini yang menunjukkan potensi hebat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button