Ekonomi

KLCI ditutup rendah ekoran ketidaktentuan politik

INDEKS FBM KLCI yang mencatatkan kenaikan pada dagangan sebelah pagi bagaimanapun merosot pada sebelah petang hingga mendorong ia ditutup lebih rendah ekoran kebimbangan pelabur terhadap perkembangan politik terkini di negar.

Indeks penanda aras ditutup 2.46 mata atau 0.16 peratus lebih rendah pada 1,512.93 setelah bergerak antara 1,511.51 dan 1,520.04 sepanjang hari.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Areca Capital Sdn Bhd, Danny Wong yang dipetik dari The Edge Market berkata, pasaran merosot pada sebelah petang selepas Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan kenyataan yang menegur kerajaan.

“Pasaran untuk beberapan akan datang kekal tidak stabil kerana ketidakpastian politik akan terus mempengaruhi sentimen,” katanya.

Yang di-Pertuang Agong hari menzahirkan rasa amat dukacita kerana Kabinet memutuskan untuk membatalkan Ordinan Darurat yang diumumkan semasa keadaan darurat tanpa perkenan baginda.

Related Articles

Keseluruhan pasaran hari ini negatif, dengan 636 kaunter ditutup lebih rendah, berbanding 350 yang meningkat dan 398 yang tidak berubah.

Sebanyak 4.48 bilion saham diperdagangkan pada nilai RM2.86 bilion, berbanding 3.65 bilion saham bernilai RM2.16 bilion semalam.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button