Nasional

KKM Pertimbangkan Cadangan Ambil Jururawat Terlatih Dari Luar Negara!

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menimbangkan permintaan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) untuk membenarkan pengambilan jururawat terlatih dari luar negara, kata Timbalan Menterinya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata ini berikutan, berlakunya kekurangan jururawat terlatih dalam mana-mana bidang pengkhususan perubatan di Malaysia.

“Ada permintaan daripada APHM untuk memanggil jururawat pakar dari luar negara, kerana kita kekurangan jururawat terlatih dalam bidang-bidang pengkhususan.

“Suatu ketika dulu KKM membenarkan (pengambilan jururawat terlatih dari luar negara), tetapi kemudian tidak membenarkan. Saya akan bawa perkara ini kepada Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin), apabila beliau pulang dari Geneva nanti untuk perbincangan supaya kita dapat selesaikan hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa APHM 2022 kali ke-28, yang berlangsung tiga hari bermula hari ini, di sini.

Sementara itu, Presiden APHM Datuk Dr Kuljit Singh berkata pengambilan tersebut perlu bagi membantu menyelesaikan masalah kekurangan jururawat terlatih terutama di hospital swasta.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button