Nasional

Raja Perlis berkenan berangkat sempurnakan istiadat anugerah darjah kebesaran, pingat

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pagi tadi berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis Kali Kedua bagi tahun ini sempena Sambutan Hari Ulangtahun baginda yang ke-79 pada 17 Mei 2022 yang lalu di Balairongseri Istana Arau hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Seramai 70 orang menerima anugerah masing-masing pada hari ini terdiri daripada Darjah Seri Sirajuddin Perlis (S.S.P.) sebanyak 1 orang penerima, Darjah Ahli Mahkota Perlis (A.M.P.) sebanyak 28 orang penerima, Pingat Mahkota Perlis (P.M.P.) sebanyak 31 orang penerima, Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.) 2 orang dan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) sebanyak 8 orang penerima.

Mengetuai senarai penerima pada istiadat kali ini adalah Prof. Dr. Salleh Abd Rashid (Mantan Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan (FSGM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang dianugerahkan Darjah Seri Sirajuddin Perlis (S.S.P.).

Antara penerima Darjah Ahli Mahkota Perlis (A.M.P.) ialah Nizam Sani (Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat), Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail (Timbalan Naib Canselor – Penyelidikan dan Inovasi UniMAP), Ruhisha Haris (Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri), Ir. Asnol Adzhan Abd. Manap (Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri), Ag. Shaffie Ag. Ahmadni (Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri) dan Raziff Yaacob (Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar).

Menerima Pingat Mahkota Perlis (P.M.P.) ialah jagoan hoki negara berasal dari Perlis, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil.

Turut menerima P.M.P. ialah Mantan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis yang kini dinaikkan pangkat ke jawatan yang sama di Sarawak iaitu Mohammad Hazam Ismail, Timbalan Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Dr Hazman Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Muhammad Hafeez Abu Seman, Imam Besar Negeri Ahmad Sirajuddin Abdul Satar, Pengarah KPDNHEP Negeri Norazah Jaapar dan Pengarah Urusan Figdirect Sdn Bhd (Superfruits Valley) Robin Lim Wei Yong selain Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Keurusetiaan MAIPs, Halina Abd Wahid yang menerima P.J.K..

(Visited 1,185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button