KJ bakal sertai kerajaan perpaduan?
Khairy Jamaluddin masih berdolak dalih, sama ada nak bertanding pada pilihan raya negeri atau tidak.
Untuk menyertai Pas atau Bersatu atau menubuhkan parti sendiri.
Atau satu lagi pilihan menyertai kerajaan madani.
Sebab musabab situasi berkenaan hanya KJ saja yang lebih mengetahui.
Namun sebagai wartawan saya merasakan KJ sedang menanti tawaran yang solid dari mana-mana pihak dalam tempoh seminggu dua ini.
Ramai yang percaya KJ akan menang jika bertanding di Negeri Sembilan, tetapi hakikatnya tidak begitu.
Selain Umno dan Dap sangat kuat di Negeri Sembilan, KJ juga berdepan dengan krisis dalaman jika dia bertanding di negeri berkenaan.
Bersatu negeri tersebut memang bergolak sejak awal penubuhannya lagi jika KJ terjun ke dalamnya dia hanya mengundang padah.
Mungkin KJ berharap untuk bertanding Selangor dan menjadi calon menteri besar, tetapi rasanya beliau belum mendapat tawaran solid dari Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Lagipun calon MB di Selangor ramai. Noh Omar, Azmin Ali, Shahidan Kassim pastinya berada di dalam senarai.
Lantas apa langakah KJ? Melihatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah memanggil KJ untuk mendapatkan pandangan dalam merangka dasar ekonomi negara ia seolah-olah membuka ruang buat KJ masuk ke dalam kerajaan.
Apatah lagi kabinet Anwar kini tidak lengkap dan robek di sana-sini. Anwar sendiri sangat terhad pengetahuan ekonominya.
Mungkin selepas ditanya seorang pelajar universiti tentang visi dan misi ekonomi Anwar tempoh hari, beliau telah sedar sesuatu perlu dilakukan.
Anwar pastinya melihat KJ sebagaimana beliau ketika muda. Sangat berkarisma dan berwibawa. Lebih hebat lagi KJ lulusan Oxford.
Langkah yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad telah membawa masuk Anwar ke dalam kerajaan bagi mengukuhkan kedudukannya.
Ini juga akan melemahkan sedikit pihak pembangkang ketika berdepan pilihan raya di enam buah negeri.
Ini adalah kerana selama ini KJ mematahkan semua dasar kerajaan melalui program bual bicara Keluar Sekejap.
KJ pun sebenarnya jika ditawarkan senator dan menjadi timbalan menteri kewangan, pastinya tidak akan menolak.
Kita tunggu langkah KJ selepas ini. Saya hanya membuat telahan. Kalau betul saya gembira dan kalau tidak betul pun saya masih gembira, asalkan ia memberi kebaikan kepada negara.