Sukan

Kim Pan Gon tinggalkan Harimau Malaya

KIM Pan Gon melepaskan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya dengan alasan atas sebab-sebab peribadi yang tidak didedahkan.

Jurulatih asal Korea Selatan itu mengadakan sidang media khas di di Wisma FAM sebentar tadi bagi mengumumkan perkara itu yang merupakan satu lagi tamparan kepada pasukan kebangsaan.

Pan Gon berkata, beliau telah mengadakan pertemuan beberapa kali dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, sebelum kedua-dua mereka mencapai persetujuan berhubung keputusannya itu.

Katanya, sepanjang dua tahun setengah menerajui pasukan bola sepak negara, Malaysia telah berjaya memperbaiki kedudukan dalam FIFA, selain layak ke Piala Asia selepas kemarau 23 tahun.
Malah, skuad Harimau Malaya juga telah mencipta sejarah tersendiri dan mewujudkan memori manis buat peminat bola sepak tanah air apabila berjaya meraih keputusan seri 3-3 ke atas Korea Selatan pada aksi terakhir kumpulan E pada saingan Piala Asia 2023, awal tahun ini.
“Kami telah berjaya membina asas yang kukuh untuk skuad tanah air, dan berjaya menanam bibit-bibit harapan bahawa bola sepak tanah air mempunyai masa depan yang cukup cerah.
“Sokongan padu Ultras Malaya juga merupakan antara motivasi terbesar untuk saya, sokongan Datuk Hamidin juga antara kekuatan saya.
“Selain itu, saya juga bersyukur kepada kerajaan dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, serta kelab-kelab bola sepak yang terus membenarkan saya mencuba untuk memperbaiki kekuatan kami,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button