Luar Negara

Kiev atau Kyiv dan mengapa?

SEJAK sekian lama kita diberitahu nama ibu negara Ukraine adalah Kiev, hanya baru-baru ini sahaja kita melihat ejaan itu bertukar kepada Kyiv.

Mengapa tiba-tiba ia bertukar? Ramai yang memikirkan mereka telah tersalah eja. Sebenarnya nama ibu negara itu telah lama ditukar ejaan kepada Kyiv, kerana Kiev dikaitkan dengan usaha merusiakan Ukraine.

Jadi ejaan ibu negara itu telah ditukar kepada Kyiv sejak 1995, tetapi ia tidak popular sehinggalah Rusia menceroboh Ukraine baru-baru ini.

Mereka yang menggunakan ejaan Kyiv itu menunjukkan bahawa mereka menyokong pihak Ukraine, manakala yang masih menggunakan Kiev adalah menyokong tindakan Rusia.

Rusia pula dikatakan menyerang Ukraine setelah negara berjiran itu telah menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara atau NATO dan disokong oleh Amerika Syarikat.

Rusia menganggap sikap Ukraine itu sebagai menikam dari belakang dan menjadi gunting dalam lipatan.

Kini Rusia mengugut untuk melancar serangan ke atas kemudahan nuklear milik Ukraine dan ini membimbang pihak antarabangsa kerana dikhuatiri tragedi Chernobyl akan berulang.

Sejak serangan Rusia juga lebih 1.2 juta penduduk Ukraine telah melarikan diri ke negara-negara berjiran, mencetus kepada masalah baharu iaitu kebanjiran pelarian.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button