Politik

Khalid Samad paling popular, dapat undi tertinggi

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad memperoleh jumlah undi tertinggi dalam pemilihan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2019/2020 di Shah Alam, malam tadi.

Proses pemilihan yang melibatkan 821 perwakilan menyaksikan Khalid mendapat 786 undi diikuti Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar dengan 780 undi, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga penyandang Timbalan Presiden parti, 765 undi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (755) dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dr Hatta Ramli (725).

Turut terpilih dalam pemilihan yang menggunakan sistem e-undi itu adalah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dengan 687 undi, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, yang juga penyandang Presiden, mendapat 681 undi dan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari (655 undi).

Juga dipilih adalah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (584 undi) serta dua Exco Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (553) dan Asmuni Awi (429), dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin (360).

Pengumuman bagi 31 jawatan termasuk speaker, timbalan speaker dan dua juruaudit dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dr Zulqarnain Lukman, sewaktu Konvensyen Amanah Nasional 2019 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).

Kesemua Ahli Jawatankuasa Khas Pimpinan Nasional Sesi 2019/2022 yang telah dipilih itu akan mengadakan mesyuarat khas selepas ini bagi memilih presiden, timbalan presiden dan tidak lebih tiga naib presiden.

Bagaimanapun keputusan itu hanya akan diumumkan esok.

Pemilihan menggunakan kaedah e-undi itu bermula pada 9.46 malam dan berakhir 10.30 malam.

Perlembagaan parti memperuntukkan bahawa sebaik keputusan pemilihan diumumkan, speaker hendaklah memanggil satu mesyuarat dalam kalangan 27 orang yang dipilih bersama dengan Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Wanita Muda dan 14 Pengerusi Negeri.

Ia bagi memilih dari kalangan 27 ahli jawatankuasa itu jawatan presiden, timbalan presiden dan tidak lebih tiga naib presiden.

Presiden pula boleh melantik dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional tidak lebih dua naib presiden, setiausaha agung dan beberapa jawatan lain bagi mentadbir urus parti.

Senarai penuh Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah.

  • Speaker: Yuhaizad Abdullah
  • Timbalan Speaker: Adnan Saad
  • Juruaudit 1): Ali Maasain (menang tanpa bertanding)
  • Juruaudit 2): Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar (menang tanpa bertanding).

AJK

  1. Khalid Abd Samad (786 undi)
  2. Datuk Mahfuz Omar (780 undi)
  3. Datuk Seri Salahuddin Ayub (765 undi)
  4. Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (755 undi)
  5. Dr Hatta Ramli (725 undi)
  6. Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (687 undi)
  7. Mohamad Sabu (681 undi)
  8. Adly Zahari (655 undi)
  9. Dr Siti Mariah Mahmud (612 undi)
  10. Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (584 undi)
  11. Faiz Fadzil (582 undi)
  12. Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (553 undi)
  13. Datuk Mazlin Aliman (544 undi)
  14. Nik Omar Nik Abdul Aziz (543 undi)
  15. Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (460 undi)
  16. Suhaizan Kaiat (445 undi)
  17. Zolkharnain Abidin (445 undi)
  18. Ridzwan Abu Bakar (435 undi)
  19. Datuk Asmuni Awi (429 undi)
  20. Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (368 undi)
  21. Mohamed Hanipa Maidin (360 undi)
  22. Abang Kerdee Abang Masagus (359 undi)
  23. Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (339 undi)
  24. Mohd Sany Mohd Hamzan (338 undi)
  25. Mariam Abdul Rashid (317 undi)
  26. Dr Ahmad Termizi Ramli (302 undi)
  27. Muhaimin Sulam (299 undi)–BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button