Politik

Khairuddin nasihat Anwar jangan lobi jadi PM semasa menghadap Agong

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengingatkan pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menjadi peluang untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong sebagai platform melobi jawatan Perdana Menteri.

Pemimpin parti Pejuang itu berkata, di saat Yang di-Pertuan Agong telah sudi mengampuni perkenan majlis mengadap oleh semua ketua parti politik di Istana Negara; ianya bukan masa sesuai untuk bercakap mengenai ‘kenyataan sumpah berkanun’ atau mempunyai sokongan majoriti bagi menjawat jawatan perdana menteri.

“Tetapi semua pihak harus mengambil kesempatan ini kearah mencari satu formula terbaik bagi memikul tanggungjawab melawan pandemik Covid-19 dan membina semula ekonomi negara yang sedang parah.

“Satu formula komprehensif dan mampan mesti dicari secara kolektif melampaui semangat berpartian secara sempit,” katanya dalam hantaran ke twitter beliau.

Yang di-Pertuan Agong dilaporkan berkenan bertemu dengan para pemimpin parti tertentu mulai hari ini.

Pertemuan itu difahamkan bagi membincangkan situasi terkini wabak Covid-19 yang melanda negara dan perisytiharan darurat yang sepatutnya tamat pada bulan Ogos ini.

Isnin lalu Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat, juga Pengerusi Badan Perhubungan Pro-tem Pejuang Wilayah Persekutuan berkata, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap semua pimpinan parti politik termasuk pembangkang.

Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat yang dianggotai pemimpin pembangkang ditubuhkan bagi mengumpul petisyen supaya darurat Covid-19 ditamatkan segera.

Pada 11 Januari lepas, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik Covid-19.

Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri pada 9 Februari lepas, mengumumkan pelantikan 19 ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 itu berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button