Keuntungan Senheng meningkat lebih 20 peratus
KUALA LUMPUR: Senheng New Retail Bhd mencatatkan peningkatan 21.2 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM34.1 juta bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2021 (9M21) daripada RM28.1 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama sebelum ini.
Peruncit elektrik dan elektronik pengguna (E&E) itu berkata ini didorong oleh jualan yang lebih tinggi yang dijana daripada pembesaran dan peningkatan kedai runcit berasaskan pengalaman yang berterusan.
Perolehan syarikat itu meningkat 12.3 peratus tahun ke tahun (YoY) kepada RM987.7 juta daripada RM879.6 juta berikutan purata jualan bulanan yang lebih tinggi yang dijana di kedai ‘Grand Senheng’.
Senheng mencapai ini walaupun 58.2 peratus dan 21.9 peratus kedai syarikat ditutup pada Julai dan Ogos 2021, masing-masing, untuk mematuhi perintah berkurung Covid-19.