Keselamatan jalan raya antara isu dibincang bersama Polis Daerah Bentong – Young Syefura
Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, menjadikan sebagai badan keselamatan Negara yang terus berkhidmat untuk memastikan keharmonian dan kemakmuran bersama.
Polis merupakan salah satu barisan hadapan Negara apabila COVID19 menimpa Negara, bertugas siang dan malam tanpa penat lelah dan mengeluh.
Begitu juga Polis memainkan peranan ketika bencana seperti tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini.
Oleh itu, saya mengadakan kunjungan hormat keatas Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.
Turut bersama DSP Azri bin Ramli Timbalan Ketua Polis Daerah, Lee Chin Chen ADUN Bilut dan Thomas Su ADUN Ketari.
Dalam pertemuan ringkas selama sejam itu telah membincangkan beberapa perkara berbangkit sejak sekian lama dan perlu kepada penyelesaian.
Isu keselamatan jalan raya yang dipandang enteng sesetengah pihak perlu disegerakan agar tidak berulang.
Kesalahan remeh seperti melanggar lampu isyarat, membuat pusingan U-turn dan keluar tidak pada simpangnya. Ianya serba sedikit menyumbang kepada peningkatan data kemalangan dalam daerah Bentong.
Begitu juga hal besar seperti menunggang motosikal tanpa lesen khususnya pelajar-pelajar sekolah perlu dibendung segera dan dibuat pemeriksaan berkala.
Saya juga sempat bertanya berkenaan kamera litar tertutup di sekitar Bentong.
Tujuannya adalah untuk memastikan pengguna jalan raya dapat mematuhi undang-undang jalan raya kerana diperhatikan.
Namun jawapan yang diterima tidak memuaskan disamping pihak Polis Bentong hanya bergantung kepada pihak Majlis Perbandaran Bentong dan kamera litar tertutup berikut telah tamat tempoh.
Manakala isu penagihan dadah dan ketum terus menjadi isu hangat di sesetengah kawasan di Bentong.
Isu ini amat dipandang serius oleh pihak pejabat saya dan Polis Bentong sendiri.
Namun menurut data tiada peningkatan mendadak bagi isu penagihan dan penjualan dadah.
Selain itu, isu scammers yang terus berleluasa di Bentong.
Saya telah mendapat banyak aduan ada di kalangan mereka yang kehilangan kewangan, 30ribu, 50ribu dan sebaginya.
Ini jumlah yang amat besar, saya berharap kepada anak-anak senantiasa memerhatikan ibu bapa sekiranya terdapat keraguan terhadap apa jua transaksi.
Sasaran mereka adalah warga emas dan ini hanya mengundang trauma dan kesedihan sekiranya tertipu.
Kesedaran berterusan perlu dibuat oleh semua pihak agar kita sentiasa berwaspada mengenai isu scammers ini.
Disamping membangkitkan beberapa isu lain, tujuan utama adalah untuk menjalinkan hubungan silaturahmi yang erat dan kukuh antara pihak Pejabat Ahli Parlimen Bentong dan Polis Bentong.
Sesi suai kenal antara pihak Polis Bentong, saya, Saudara Chin Chen dan Uncle Thomas Su. Semoga hubungan erat dan kerjasama ini dapat dikekalkan.
#YoungBersamaBentong
#BentongKita
Kredit: Young Syefura