Hiburan

Reen Rahim disunting ahli perniagaan, selamat bergelar isteri Ahmad Nur Hazim!

Pelakon Reen Rahim, 34, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boraombak Marina, di sini, malam ini.

Tepat jam 9.05 malam, dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri. Pasangan itu dinikahkan bapa Reen, Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Pada majlis itu, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas.

Pasangan ini juga akan diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di Ruscus Hall Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, malam esok.

Semalam, Reen mengadakan majlis Malam Berinai bertemakan Bollywood di sebuah lokasi di Hulu Langat, Selangor.

Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 400 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Mereka berkenalan sejak dua tahun lalu sebelum bertunang pada 12 Ogos lalu.

Berkongsi mengenai keseluruhan tiga majlis, Reen meluahkan rasa syukur apabila dia mendapat tajaan sebanyak RM15 juta daripada pelbagai pihak.

(Visited 939 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button