Jenayah

Kes pemandu mabuk sehingga Mei melebihi sepanjang tahun lalu

KES melibatkan pemandu pemandu mabuk dalam tempoh lima bulan tahun ini telah melebihi keseluruhan kes sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata dalam tempoh lima bulan sebanyak 22 kemalangan membabitkan pemandu mabuk berbanding 23 kemalangan sepanjang tahun lalu.

Malah rekod kematian dalam tempoh lima bulan tahun ini iaitu sebanyak sembilan kes adalah menyamai jumlah kes kematian sepanjang tahun lalu.

“Sepanjang Januari hingga bulan lalu, 22 kemalangan direkodkan dengan sembilan orang dilaporkan maut, manakala 13 lagi cedera.

“Dalam tempoh sama, 22 tangkapan dibuat dengan 10 daripadanya sudah dituduh di mahkamah dan 12 lagi masih dalam siasatan,” kata Azisman dalam satu kenyataan, hari ini.

Azisman berkata, tahun lalu sebanyak 23 tangkapan dibuat berkaitan pemandu mabuk dengan 18 sudah dituduh di mahkamah dan lima masih dalam siasatan.

Sepanjang tahun 2018 pula sebanyak 25 kemalangan berkaitan pemanduan mabuk dilaporkan dengan 11 orang maut dan 14 lagi cedera.

Bagi tahun ini pula polis telah menjalankan sebanyak 278 operasi di seluruh negara. Sehingga bulal lalu 822 individ telah ditahan kerana paras alkohol mereka melebihi jumlah yang dibenarkan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button