Berita

Kes Exco Perak rogol amah tidak ditutup

DAKWAAN pihak tertentu bahawa kes rogol pembantu rumah melibatkan seorang Exco Kerajaan Perak ditutup adalah tidak benar.

Hal berkenaan disahkan sendiri Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain yang memaklumkan kes tersebut hanya ditolak representasinya oleh Peguam Negara.

Beliau berkata, masih ramai bertanggapan dan menuduh pihak polis tidak menjalankan siasatan sehingga kes terbabit tidak diteruskan.

“Dimaklumkan representasi yang dihantar pihak peguam Yong Choo Kiong kepada Peguam Negara ditolak.

“Peguam Negara mengarahkan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak meneruskan pendakwaan terhadap kes rogol itu,” katanya dalam satu kenayaan hari ini.

Tambah Razarudin, kes tersebut akan dibicara pada 10 hingga 14 Februari ini dan pihaknya sudah membuat persiapan kawalan keselamatan ketika perbicaraan berlangsung nanti.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai supaya berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat kes berkenaan ditutup.

“Pihak polis menegaskan apa sahaja yang disebarkan orang tertentu bahawa kes ini ditutup adalah tidak benar.

“Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkannya,” tegasnya.

[BACA ARTIKEL] Empat lelaki rogol wanita dalam bas dihukum gantung — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL]
Tujuh pelajar lelaki kena reman kes rogol pelajar berusia 14 tahun – Suara Merdeka

Di samping itu, Razarudin turut memaklumkan penahanan terhadap pemilik akaun Facebook Fahaizal Lee kerana membuat fitnah menyatakan Exco Perak terbabit dibebaskan.

Tambahnya, Fahaizal disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi Multimedia 1998, Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat fitnah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button