Nasional

Kes buli di Kerian Perak disiasat

KES buli di daerah Kerian, Perak yang videonya tular di media sosial akan sedang disiasat oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia telah diserahkan kepada pihak berkuasa, bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat sebelum tindakan sewajarnya diambil.
“Kes tersebut memang menjadi keutamaan kita dan komitmen KPM adalah untuk benar-benar menangani kes buli. KPM komited untuk menangani gejala buli di sekolah menerusi penetapan peraturan, selain menambah baik garis panduan berkaitan, supaya kes seumpamanya dapat dikekang.
“Saya mengingatkan khususnya ibu bapa, para guru, komuniti dan juga anak-anak supaya tidak terjebak dengan gejala buli ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Kompleks Rakan Muda di Jawi, di Sungai Bakap malam tadi.
Sebelum ini, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi satu minit 21 saat, memaparkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dibuli oleh dua pelajar perempuan berusia 15 tahun dari sekolah sama.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 14 Jun di sebuah sekolah menengah di daerah Kerian.
Katanya., ia didakwa berpunca dari sikap cemburu salah seorang suspek terhadap mangsa selepas dikatakan rapat dengan teman lelakinya berusia 15 tahun dari sekolah sama.
Susulan itu satu laporan polis telah dibuat mangsa hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button