Nasional

Kes baharu Covid-19 kekal di bawah paras 15,000 pada 3 April

JUMLAH kes baharu Covid-19 kekal di bawah paras 15,000 selama dua hari berturut-turut dengan 12,380 kes dilaporkan pada Ahad (3 April), menjadikan jumlah kes di negara ini kepada 4,246,467, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Pada hari Sabtu (2 April), 14,692 kes dilaporkan.

Dr Noor Hisham berkata daripada kes baharu yang direkodkan pada Ahad, 7,559 adalah dalam Kategori 1, 4,736 dalam Kategori 2, 32 dalam Kategori 3, 20 dalam Kategori 4 dan 33 dalam Kategori 5, kategori paling teruk.

Baca juga > PERKESO proses tuntutan kes Covid-19 bawah penyakit khidmat

“Daripada 85 kes yang terdiri daripada Kategori 3 hingga 5, 24 tidak divaksin atau tidak divaksin sepenuhnya, 33 telah menerima dua dos vaksin tetapi bukan dos penggalak, manakala 28 telah menerima suntikan penggalak,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau menambah bahawa 20,635 pesakit pulih daripada virus itu dilaporkan pada Ahad, menjadikan kumulatif pemulihan di negara ini kepada 4,018,421.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes baharu pada Ahad, 253 memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 157 memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai penggunaan kemudahan kesihatan khusus untuk kes Covid-19, beliau berkata Kuala Lumpur dan Selangor merekodkan kemasukan katil ICU sebanyak 50% atau lebih pada Ahad, masing-masing pada 60% dan 50%.

Baca juga > Guru KAFA Selangor tolak suntikan vaksin Covid-19 akan digantung tugas

Beliau berkata bagi kemasukan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Covid-19, tiada negeri merekodkan penggunaan melebihi 50%, manakala pesakit yang memerlukan alat pernafasan meningkat kepada 157, menjadikan penggunaan alat pernafasan di fasiliti berkenaan kepada 18%.

Menurut Dr Noor Hisham, 562 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital pada Ahad dengan 220 kes dalam Kategori 3, 4 dan 5, manakala selebihnya dalam Kategori 1 dan 2.

Kadar infektiviti nasional atau nilai Rt berada pada 0.85 pada Ahad dengan Selangor masih mencatatkan kadar tertinggi 1.05 dan Kelantan terendah, pada 0.69. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button