Nasional

Kertas siasatan terhadap Hakim Nazlan ada dengan SPRM

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Ghazali ada dengan SPRM.

Azam dalam sidang media berkata, ia adalah perkara biasa untuk kertas siasatan diserah dan dikembalikan semula antara SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ia selepas Peguam Negara Idrus Harun bulan lepas berkata, kertas siasatan itu tidak bersama jabatannya, mencetuskan persoalan mengenai perkembangan siasatan dalam kalangan orang awam.

“Mungkin kenyataan Peguam Negara itu ringkas. Mungkin dia maksudkan kertas siasatan bukan di tangannya. Tetapi ia sebenarnya telah diserahkan kepadanya dan diserahkan semula kepada kami untuk tindakan selanjutnya.

“Dari perspektif kami, kami berpendapat bahawa kami telah menyelesaikan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada mereka. Biasalah kertas itu berulang-alik. Jadi sekarang kertas siasatan itu bersama pegawai saya untuk tindakan lanjut,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button