Politik

Kerjasama UMNO, PH di luar pengetahun saya – Mahdzir Khalid

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan, beliau tidak tahu menahu sekiranya wujud sebarang rundingan atau kerjasama yang bakal dijalin di antara pemimpin tertinggi UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Setakat ini, sebagai Naib Presiden, saya tak tahu mengenai hal-hal kerjasama ini. Saya tak tahu sekiranya ada apa-apa bentuk rundingan, discussion atau sudah rule out plan untuk kerjasama,”

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Ceria Ke Sekolah (CKS), Tenaga Nasional Bhd (TNB) , peringkat negeri Selangor di Wisma TNB, USJ , semalam.

Media tempatan sebelum ini melaporkan mengenai wujud rundingan antara pimpinan tertinggi UMNO dan PKR.

Dalam pada itu, Datuk Seri Mahdzir yang juga Pengerusi TNB berkata, TNB sentiasa komited membantu golongan memerlukan dan kurang berkemampuan terutama golongan B40.

Menurut beliau, pelancaran program ‘Ceria Ke Sekolah’ peringkat negeri Selangor hari ini memperuntukkan kira-kira RM310,000 melibatkan 3100 pelajar daripada keluarga B40 di negeri itu.

Katanya, sumbangan yang dihulurkan TNB itu merangkumi kelengkapan sekolah termasuk pakaian seragam sekolah dan beg sekolah.

Sumbangan itu akan disampaikan melalui kerjasama pemimpin masyarakat tempatan dan pihak sekolah.

Bantuan itu bertujuan mengurangkan tekanan yang dihadapi keluarga kurang berkemampuan dalam membuat persediaan anak-anak mereka ke sekolah, terutama berikutan pandemik COVID-19.

Secara keseluruhannya, TNB memperuntukkan hampir tiga juta ringgit bagi program CSR tahun 2021 yang setakat ini telah diagihkan ke negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button