Nasional
Trending

‘Kerja kerajaan boleh goyang kaki’

DEMIKIAN tanggapan seorang lelaki dipercayai kakitangan awam yang berharap supaya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan supaya boleh ‘goyang kaki’

Kenyataan itu dikeluarkan pemilik akaun Facebook Aisar Nazry En Nazry apabila memuatnaik komen dekat satu status dalam media sosial itu semalam.

Malah, dia juga mendoakan supaya pandemik Koronavirus (Covid-19) terus berada di negara ini kerana percaya akan terus cuti tanpa sebarang masalah.

BACA > Hasrat dua beradik nikah serentak tertunai selepas sebulan tertangguh — Suara Merdeka

Dia juga mendakwa tidak kisah cuti lama kerana yakin gajinya sebagai penjawat awam akan terus dibayar tanpa sebarang masalah.

“Kami minta sangat-sangat semoga lagi banyak kes baharu bertambah di Malaysia mengalahkan USA (Amerika Syarikat), Indonesia dan Singapura.

“Aku tak apa sebab kerja kerajaan… Gaji aku berjalan macam biasa, goyang kaki sebulan pun duit masuk RM1,000 lebih,” katanya.

Selain itu, dia Aisar Nazry dipercayai turut memperlekehkan orang lain yang tidak bekerja sebagai kakitangan awam.

Katanya, mereka yang kerja swasta pasti berasa sukar apabila menjalani PKP kerana ada majikan tidak mahu bayar gaji.

“Nasib korang la… kenapa tak nak minta kerja dengan kerajaan. Lepas itu bila gaji tak masuk sebab PKP masing-masing pakat melopong.

“Rata-rata yang menyalak pun adalah melayu,” komennya lagi.

BACA > Kit Siang minta rakyat sokong petisyen bantah sidang Parlimen sehari — Suara Merdeka
BACA > Kegagalan menteri kanan punca negeri tidak laksana PKPB — Suara Merdeka

Nazry dalam perkembangan lain bagaimanapun menafikan dia memuatnaik komen sedemikian.

Dia mendakwa, akaun Facebooknya itu digodam oleh individu tidak bertanggungjawab. Justeru dia membuat laporan polis bagi menafikannya.

“Assalamualaikum warga Facebook, saya telah pun membuat laporan polis mengenai komen saya di ‘page’ berkenaan. Akaun Facebook saya telah digodam oleh orang tidak bertanggungjawab.

“Saya harap tuan puan hentikan berita yang tersebar dalam media sosial, mohon maaf kepada semua sekian,” katanya.

GOYANG KAKI

Namun, permohonan maaf dan makluman laporan polisnya dikecam netizen dan mendakwa sengaja mengada-adakan cerita bagi menyelamatkan diri.

“Kau ingat senang-senang Facebook ini kena godam. Sembang macam orang tak ada otak. Oh, lupa Islam ada cakap memaafkan lebih baik,” komen Azhar Kazim.

“Aku syak budak ini baharu habis latihan. Kemudian dia kata duduk rumah goyang kaki. Report polis balai Seremban. Hurm…boleh jadi ini,” kata Muhd. Affiq.

“Dan-dan kena hack hang ingat rakyat zaman P. Ramlee ke pelaq,” luah Yoee Mfi.

“Klise sangat bila sudah buat salah cakap Facebook kena godam,” ujar W Irwan W Ikhsan.

BACA > Contohi Thailand, wajibkan pemandu mabuk bayar pampasan — Suara Merdeka
BACA > Tidak sampai 9 jam, lebih 12,000 tandatangan petisyen desak Kit Siang tunai janji — Suara Merdeka

“Sudah agak…mesti itulah jawapan dia Facebook kena godam. Taktik lapuk.. Kau ingat orang nak percaya. Kau riak bagai,” komen Farah Mat Saat.

Permohonan maaf dan tangkap layar laporan polisnya tular dalam Facebook apabila mendapat lebih 1,300 reaksi netizen, 4,800 komen dan dikongsi sebanyak 243 kali. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button