Nasional
Kereta terjunam dalam sungai, isteri maut, suami selamat
SEORANG wanita warga emas maut manakala suaminya selamat selepas kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam sungai ketika melalui jambatan Balok Makmur di Kuantan hari ini.
Kejadian berlaku kira- kira pukul 10.30 pagi yang menyebabkan Paridah Dollah, 67, yang beralamat di Taman Inderapura, Jerantut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala suaminya penumpang hadapan, Abd Aziz Ahmad, 66, menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam sungai.
“Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya dibawa ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. – SM