Nasional
Kereta langgar landasan jalan berakhir dalam lubang
Sebuah kereta terbabas dalam lubang selepas melanggar pembahagi jalan di Jalan AU3 Setiawangsa di sini pagi semalam.
Lubang itu sebelum ini telah digali untuk kerja-kerja kabel bawah tanah.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, kejadian pada pukul 7.30 pagi itu mengakibatkan kereta berkenaan terbabas di tepinya dan merempuh lubang berkenaan.
Nasib baik, pemandu dan penumpang berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan, manakala kenderaan itu kemudian ditarik keluar.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi polis.