Jenayah

Kereta Gen 2 hangus terbakar

MELAKA 5 Februari – Sebuah kereta jenis Proton Gen 2 hangus terbakar di Lebuh AMJ-Taman Paya Rumput Indah dekat sini awal pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Norshah Salleh berkata, dalam kejadian pukul 5.37 pagi itu, pemandu kereta berkenaan berjaya menyelamatkan diri dalam insiden tersebut.

Menurutnya, empat anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Cheng bersama jentera tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 5.44 pagi bagi memadamkan kebakaran.

“Setibanya di tempat kejadian, api sedang marak. Kebakaran itu hanya melibatkan sebuah kereta dan terbakar hampir 90 peratus,” ujarnya hari ini.

Menurut Mohd. Norshah, api berjaya dipadamkan pada pukul 5.51 pagi dan insiden tersebut tidak melibatkan mangsa.

Menurutnya, operasi itu tamat sepenuhnya kira-kira pukul 6.51 pagi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button