Politik

Kerajaan tidak lepas tangan isu harga barang naik – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan palsu yang mengatakan kerajaan lepas tangan masalah petani dan kononnya kenaikan harga barangan adalah di luar kawalan.

Tampil memberi pencerahan di media sosialnya, Ismail Sabri menjelaskan perkara sebenar dalam video yang dikongsi di Facebooknya hari ini dengan mengatakan tersebar klip video yang mengatakan kerajaan tidak mahu menjawab masalah petani adalah tidak betul.

Menurut Perdana Menteri, video yang disebarkan di media sosial telah dipotong untuk tujuan manipulasi.

“Kerajaan tidak akan berlepas tangan dengan mengatakan bahawa ini adalah luar kawalan. Sebagai kerajaan kita mesti bertanggungjawab untuk memastikan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya rakyat tidak dibebankan,” ujar beliau.

Katanya, sewaktu di Majlis Makan Malam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), beliau ada mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM262 juta untuk membantu golongan berkenaan.

“…Iaitu RM62 juta untuk insentif racun. Kalau dulu petani diberi RM200 sebagai insentif, sekarang ini kita tambah RM100 lagi menjadi RM300. Kerajaan telah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM200 juta tanpa faedah dan moratorium selama 6 bulan.

“Kos tambahan yang ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM262 juta supaya alasan harga perlu dinaikkan kerana kos pengeluaran meningkat disebabkan harga racun tinggi tidak boleh lagi digunakan,” katanya.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button