Nasional

Kerajaan segerakan pindaan Akta DBP untuk perkasa penguatkuasaan bahasa Melayu

KERAJAAN sedang dalam proses mempercepatkan pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 bagi membolehkan penguatkuasaan yang lebih baik dalam memperkasakan bahasa Melayu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Draf rang undang-undang itu dijangka dibentangkan di Parlimen secepat mungkin, menandakan semakan pertama Akta DBP sejak pindaan terakhirnya pada 1995.

Fadhlina berkata langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, selain peruntukan RM50 juta kepada DBP dalam Bajet 2025.

“Ya, kita sedang berusaha keras ke arah itu (pindaan Akta). Memang itu tanggungjawab yang diberikan kepada DBP.

“Ia bagi memastikan kita dapat menyegerakan pindaan undang-undang dan membentangkannya di Parlimen secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pada Malam Puisi Riong 2024 malam tadi.

Pada 2022, DBP telah berkata bahawa semakan pindaan itu dijangka dimuktamadkan pada awal 2023. Bagaimanapun, perubahan dalam pentadbiran persekutuan melambatkan proses itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button