Nasional
Kerajaan peruntukkan RM1 juta tubuh sekretariat kawal-selia p-hailing
KERAJAAN memperuntukkan RM1 juta untuk menubuhkan sekretariat bagi menyelaras pengurusan dan mengawal selia perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing).
Peruntukkan awal itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, melalui sekretariat itu, penyelarasan p-hailing akan dibuat secara berterusan, termasuk menyelesaikan pelbagai isu berbangkit dihadapi pekerja penghantar makanan.
“Bagi menyelaras kegiatan penghantar makanan, saya dahulukan RM1 juta hari ini.
“Ini bagi membantu anak-anak dalam sektor gig ini yang kebanyakannya di Lembah Klang,” katanya pada sesi dialog Temu Anwar Selangor X Belia P-Hailing di Petaling Jaya, hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. – SM