Nasional

Kerajaan peruntuk RM225 juta untuk pekebun getah terjejas musim tengkujuh

KERAJAAN melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM225 juta dalam Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi membantu pekebun getah di seluruh negara yang terjejas akibat musim tengkujuh.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 311,596 permohonan diterima daripada sasaran 318,750 individu, melibatkan tiga agensi yang bertanggungjawab menguruskan pembayaran itu.

Beliau berkata inisiatif proaktif itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk meringankan beban yang dihadapi pekebun kecil dan menyokong kesejahteraan mereka dalam menghadapi cabaran pengeluaran getah.

“Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menerima 230,735 permohonan, manakala Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menerima 69,077 permohonan dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menerima 11,784 permohonan.

“Dari segi fasa agihan, ketiga-tiga agensi telah mencapai prestasi pembayaran sebanyak RM140,829,600, dengan pekebun getah kecil Risda dan penoreh menerima RM76,140,800. LIGS menerima RM55,261,600 dan Felda menerima RM9,427,200,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata kelayakan BMT melalui Risda terhad kepada penanam getah kecil dan penoreh yang memenuhi kriteria ditetapkan.

Ini termasuk mereka yang memiliki dan menguruskan tanah penanaman getah tidak melebihi 2.5 hektar.

Tambah beliau, sehingga Disember lalu, sebanyak 271,213 permohonan telah diluluskan dan pemohon telah menerima bayaran sebanyak RM200 bagi November dan Disember tahun ini.

“Baki bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima pada Januari dan Februari tahun depan, menjadikan jumlah pengeluaran sebanyak RM800.

“Pemberian bantuan ini bertujuan memastikan sokongan berterusan kerajaan kepada penanam dan penoreh getah kecil untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti penanaman getah, sekali gus memupuk kemakmuran berterusan dalam sektor pertanian.

“Kerajaan berharap usaha ini akan memberi impak positif kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat, sekali gus membawa kepada peningkatan kualiti hidup penanam getah kecil,” katanya.”Kerajaan berharap usaha ini akan memberi impak positif kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat, sekali gus membawa kepada peningkatan kualiti hidup penanam getah kecil,” katanya. -SM

Baca : UPSI, HAEVC bakal bangun modul persijilan profesional pengurusan dan penyelenggaraan kenderaan generasi baru

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button