Nasional

Kerajaan luluskan pelan induk guna tanah bersepadu ECRL

KERAJAAN pusat melalui mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-42 hari ini bersetuju meluluskan Pelan Induk Guna Tanah Bersepadu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) atau lebih dikenali sebagai PeGTaECRL.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dokumen itu akan memacu pembangunan sekitar 20 stesen dan di sepanjang laluan ECRL yang telah dikenal pasti.

“MPFN menjadi platform kepada kerajaan pusat untuk berbincang dengan kerajaan negeri yang berkenaan mengenai perancangan bandar dan kampung serta pembangunan fizikal negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam catatan Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Putrajaya hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata mesyuarat itu juga bersetuju menambah baik proses kelulusan pembinaan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) melalui Garis Panduan Lot Pengecasan Cepat Kenderaan Elektrik (GPP EVCB).

Beliau berkata ini adalah selaras dengan transformasi industri automatif negara ke arah peralihan masa depan yang lebih mesra alam dan mampan.

“Ketersediaan infrastruktur pengecasan adalah sangat penting dalam transformasi sektor automatif,” katanya. -SM

Baca : UPSI, Universitas Negeri Yogyakarta jalin kerjasama bidang sukan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button