Nasional

Kerajaan kaji mekanisme pengagihan subsidi lebih berkesan

KERAJAAN masih mengkaji mekanisme pengagihan bantuan dan subsidi yang paling berkesan dan cekap untuk rakyat, kata Kementerian Ekonomi.

Kementerian itu berkata, antara kaedah yang sedang diteliti kerajaan ialah melalui e-baucar, e-dompet atau menyalurkan wang tunai terus kepada bank.

“Sebagai contoh, pembayaran tunai Sumbangan Tunai Rahmah akan disalurkan terus ke akaun bank penerima, manakala skim bantuan terpilih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dilakukan melalui e-dompet,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang dimuat naik ke laman web Parlimen hari ini.

Selaras dengan langkah kerajaan ke arah ekonomi digital, pelaksanaan ekosistem tanpa tunai seperti e-dompet akan menggalakkan orang ramai menggunakan teknologi, katanya.

Namun begitu, pengagihan tunai juga perlu dipertimbangkan kepada penerima bantuan kerajaan di kawasan luar bandar yang berhadapan dengan masalah akses kepada rangkaian telekomunikasi.

“Berdasarkan perkara ini, mekanisme pengagihan perlu diteliti dengan lebih lanjut bagi memastikan penyaluran bantuan tunai dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan memudahkan penerima,” kata kementerian itu. -SM

Baca : 121 mangsa penipuan di Myanmar selamat dibawa pulang

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button