Kerajaan gagal, darurat perlu ditamatkan – Mukhriz
Datuk Seri Muhkhriz Mahathir berkata, darurat perlu ditamatkan dan kerajaan lebih cekap dibentuk bagi menguruskan situasi kronik pandemik dan keadaan ekonomi negara.
Presiden Pejuang itu berkata, pelbagai isu berkaitan dengan keadaan ekonomi dan pandemik Covid-19 tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan hari ini.
Katanya, proses vaksinasi juga terlalu perlahan dan pendaftaran melalui MySejahtera juga bermasalah.
Oleh itu beliau berharap Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan untuk menamatkan darurat yang dilaksanakan kini.
Hari ini buat kali kedua pemimpin politik menghantar surat bagi membatalkan proklamasi darurat.
Tiga pemimpin iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid Abdul Samad dan Muhamad Sabu memasuki Istana Negara bagi menyerahkan surat berkenaan.
Saksikan juga laporan langsung di Facebook Suara Merdeka.