Nasionalpilihan

Kerajaan cuba pastikan setiap murid dibekalkan satu peranti – Ahmad Zahid

Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid mempunyai sebuah peranti bagi memudahkan pembelajaran secara digital.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan cuba melaksanakannya segera mungkin secara berfasa, dijangka mulai tahun ini.
“Setiap pelajar satu tablet, itu hasrat mereka (Kementerian Pendidikan). Saya yakin kaedah baharu (pembelajaran menerusi peranti), ia tak dapat dielakkan (dan) saya merasakan pemberian tablet untuk para pelajar dan murid harus merata walaupun kita tahu kekangan kewangan merupakan faktor utama.
“Kita minta buat segera tapi secara berfasa. Sistem telah ada, kaedah pengajaran padagogi telah ada, cuma tablet sahaja kekangannya, jadi kalau dapat dibuat berfasa melalui tahun ini, saya fikir dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang, majoriti akan dapat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button