Nasional

Kerajaan beri jaminan selesai isu lepasan ISMP tiada penempatan

DATUK Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan akan menyelesaikan isu lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang belum mempunyai penempatan di sekolah.

Perdana Menteri berkata, kelulusan telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan supaya mengisi kekosongan guru pada tahun depan.
“Insya-Allah kita selesaikan… Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dah umumkan bahawa (terdapat) penambahan yang ketara bagi mengisi kekosongan guru pada 2024,” katanya pada sesi Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai laporan media sebelum ini berkaitan isu sejumlah 4,390 lepasan ISMP dari 2011 hingga 2020 yang belum mendapat panggilan temu duga untuk ditempatkan di sekolah.
Yang  penting kata Perdaba Menteri, pada tahun 2024, kali pertama ada lonjakan penambahan guru di sekolah menengah di negara kita.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button