Nasional

Kerajaan akan umum perjawatan tetap APM

KERAJAAN akan membuat satu pengumuman dalam masa terdekat berhubung perjawatan tetap membabitkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pihaknya memohon secara rasmi kepada ketua pengarah perkhidmatan awam untuk mewujudkan perjawatan tetap dalam angkatan itu.

“Kita ketahui keputusannya amat positif,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran Bulan Pasukan Pertahanan Awam dan sambutan ulang tahun ke-72 Pasukan Pertahanan Awam di ibu pejabat APM.

APM sebelum ini meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertimbangkan penambahan perjawatan kontrak dan tetap bagi pegawai serta anggota di peringkat daerah dan negeri.

Sementara itu, Zahid berkata, adalah amat penting kesedaran masyarakat tetang peranan penting APM ditingkatkan.

“APM bukan sekadar tangkap ular, (tetapi) pertahanan awam pertahanan kedua,” katanya.

Ditubuhkan pada 1952, APM diberi fungsi untuk melatih rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button