Politik

Kerajaan akan ambil secara paksa tanah Kampung Baru?

SUARAMERDEKA: Kerajaan telah menawarkan RM 1,000 bagi setiap kaki persegi bagi harga muktamad untuk membeli tanah pembangunan semula Kampung baru masih ada kesukaran untuk pengambilan tanah tersebut.

Menurut petikan berita tempatan, kerajaan akan mempertimbangkan pengambilan tanah kampung baru secara paksa mengikut Akta Pemgambilan Tanah 1960 sekiranya masih ada individu yang enggan bekerjasama menjual lot mereka.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, Akta Pengambilan Tanah 1960 hanya akan dipertimbangkan sebagai pilihan terakhir jika ada segelintir pemilik yang masih berdegil untuk menjual lot mereka.

“Satu keadaan sahaja yang memungkinkan iaitu kalau dalam lot-lot yang ada katakanlah ada 10 penama, namun masih ada 3 orang yang tidak bersetuju, kita akan cuba pujuk juga lagi tetapi akhirnya kalau masih tak dapat pujuk barulah kita tengok dari sudut keadilan dan orang yang ada hak ke atas tanah tersebut.”

Beliau yang merasmikan majlis Karnival Sukan Parlimen Wilayah Persekutuan Tahun 2019 di Putrajaya hari ini.

Related Articles

Berdasarkan Sidang Media Khas Kampung baru yang berlangsung tempoh hari, kenaikan harga daripada RM 850 kaki persegi kepada RM 1,000 kaki persegi kepada pemilik lot tanah berkenaan.

Para pemilik akan dibayar RM850 mengikut pilihan yang ditawarkan oleh kerajaan sama ada pulangan tunai, pulangan unit siap, kombinasi pulangan tunai dan unit siap serta pulangan saham dalam syarikat Tujuan Khas (SPV).

Tambahnya, pemilik akan diberi peluang mengetahui secara lebih lanjut tentang SPV yang akan berperanan membeli tanah terbabit dengan pemilikan akan mendapat diskaun 15 peratus yang mahu membeli hartanah yang akan ditubuhkan kelak.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button