Nasional

Keputusan Tesla sebab rugi, tetapi tidak jejaskan Malaysia

Tesla Inc  membatalkan pembinaan kilang di Thailand, dan menilai semula rancangan pelebaran perniagaan mereka di Asia Tenggara, bukan kerana tidak percaya terhadap persekitaran perniagaan rantau ini.
Tetapi ia disebabkan syarikat milik Elon Musk itu sedang mengalami kerugian, dan tidak mampu bersaing dengan industri kenderaan elektrik (EV) China.
“Tengku Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri) telah mendapat maklumat terkini (mengenai Tesla), kerana mereka telah mengalami kerugian (disebabkan) tidak dapat bersaing dgn EV dari China.
“Operasi mereka di Thailand besar, kita baru nak mula. Jadi itu penerangan langsung dari Tesla,” jelasnya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan di ibu negara pada Jumaat.
Tesla sebelum ini dilapor membatalkan rancangan untuk membangunkan kilang pembuatan EV di Thailand dan akan memberi tumpuan semata-mata kepada stesen pengecasan pantas.
Tengku Zafrul pula menerusi perkongsian di laman media sosial beliau berkata, Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia.
Jelas beliau lagi, MITI ada mengadakan perbincangan dengan Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi bukan melibatkan perkara itu.
“Pertamanya, laporan (berita asing) tersebut bukanlah kenyataan rasmi Tesla, sebaliknya hanya memetik sumber yang anonymous ataupun tak bernama. Jadi, bila ditanya, jawapan saya (sebelum ini) ialah wartawan perlu semak kesahihan berita ini dengan Tesla, kerana sumber berita ini bukanlah Tesla.
“Kedua, MITI pun tak pernah buat pengumuman Tesla akan buka kilangnya di Malaysia. Memang kita adakan perbincangan dengan Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di sini,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button