Politik

Keputusan Mahkamah Pilihan Raya: PN hilang kerusi Parlimen Kemaman

MAHKAMAH Pilihan Raya mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Kemaman terbatal dan tidak sah, sekaligus membatalkan kemenangan Perikatan Nasional (PN).

Di sebalik kemenangan bergaya PN yang meraih 27,179 undi itu, Hakim Anselm Charles Fernandis menerima dakwaan pempetisyen berhubung dakwaan sogokan semasa tempoh berkempen untuk meraih undi bagi calon gabungan itu, Che Alias Hamid.

Pada pilihan raya lalu, PN meraih 65,714 undi untuk menewaskan Barisan Nasional yang meraih 38,535 undi, Pakatan Harapan (8,340), dan Pejuang (506).

Cabaran BN ketika itu digalas bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. – SUMBER FMT – SM

BACA Realiti politik PRU15

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button