Berita

Kepesatan teknologi perlu dipandu dengan agama – Raja Muda Perlis

Kepesatan teknologi memerlukan panduan serta asas agama yang begitu kukuh dan juga budaya yang ampuh bagi mempersiapkan masyarakat dan generasi muda umat Islam dan bangsa Melayu yang akan datang untuk menghadapinya.

Tidak dapat dinafikan, perubahan zaman dan realiti kehidupan semasa telah mengubah sedikit sebanyak cara, tingkah dan corak hidup masyarakat masa kini. Kemudahan dan kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini juga telah memboleh serta memudahkan kita untuk berkomunikasi, mengekspresi dan menzahirkan apa yang terpendam dalam diri. Jaringan internet misalnya kini telah menjadi infrastruktur ’wajib’ yang dibangunkan di seluruh dunia.

Perkembangan terkini internet yang disebutkan sebagai ‘dunia meta’ atau ‘metaverse’ ini akan menjadikan realiti dunia menerima interaksi alam siber yang mirip dan menyerupai dunia nyata. Ia akan menawarkan pengalaman bersosial ke satu dimensi baharu atau apa yang dimaksudkannya adalah dunia meta.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seramai 30 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah Masjid Uthman Bin Al Affan, Kampung Surau, Utan Aji yang diwakilkan melalui amil kariahnya Azman Shamsudin. Masing-masing menerima RM 700 dengan jumlah penuh sebanyak RM 21,000 daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button